Baru2 ni, I timbulkan isu sekolah dan pendidikan bakal anak2 untuk dibincangkan dengan suami. Actually, I berhasrat nak antar anak2 ke Sekolah Cina. Ada beberapa sebab kenapa I berminat dengan sekolah cina ni. One of my sister pernah berbunyi bila I citer kat dia tentang angan2 I nak hantar my future child ke sekolah cina.Dia kata"apsal sibuk2 nak antar ke sekolah cina?kta tak boleh idup ke kalau tk dpt skill atau language ability dlm bahasa mandarin cam org cina?"baik antar sekolah agama,ade saham utk kite di akhirat..lagipun setakat alasan nak kuasai bahasa cina,rasanya tak perlu sebab kita sendiri boleh berjaya dengan menguasai bahasa sendiri.tak perlu2 susah2 nak kuasai bahsa diorang..Erm.....memang betul...kita boleh hidup dengan bahasa sendiri..tapi fokus atau point yg I cuba nak bawak di cni bukanlah semata2 nak kuasai bahasa cina sebab takut tk dpt bersaing or tk dpt keje masa akn dtg..cuma,bila kita ade kelebihan dari segi bahasa,kita akan lebih terkedepan dari orang lain..Lagipon I selalu fikir dari segi mematangkan umat islam sendiri..bukan ke dlm islam sendiri suruh kuasai banyak bahasa supaya kita tahu selok belok atau perjalanan hidup ni?lebih banyak bahasa yg kita kuasai,lebih luas fikiran kita,kita akan lebih memahami tentang sesuatu,lebih panjang akal kita lebih banyak tindakan yang baik yang akan menyusul..
Selain dari tu, tujuan I nak antar anak ke sekolah cina ni adalah supaya dia mampu kuasai bahasa cina sepenuhnya, develop communication skills dan tingkatkan IQ dan EQ nya dengan lebih efektif. Berbeza dengan suami yang agak risau dengan "pengaruh" persekitaran yang dirasakan mampu memberi kesan negatif kepada anak. I setuju dengan prinsip suami yang dia tak mahu anak2 bersekolah (primary shcool) chinese oriented school, kerana bimbangkan akhlak dan pengisian jiwa anak2 terhadap islam sukar diterapkan. Part tu I memang no doubt. That's why kami kene main peranan dlm hal ini utk menerapkan sekukuhnya the value of Islam. Memang I tak nafikan, ramai ibubapa muslim yang menyekolahkan anak2 mereka hadapi masalah dengan nilai islam ini. Di sekolah2 yang pihak pengurusan dan guru2 nya non-muslim, sudah pasti lah anak2 tak menerima sebarang info dan nilai agama dalam jiwa mereka. Apalagi, di sekolah cina ni, majoritinya adalah mereka yang tidak beragama, tuhan tu terlalu jauh untuk diagungkan apalagi nak dipercayai kewujudannya. I selalu mendengar keluhan ibu2 muslim tentang anak2 mereka. Dimomokkan dengan anasir2 yang terpesong jauh dari nilai agama. Pun begitu, semua ini tidaklah melemahkan semangat I untuk hantar my child ke sekolah cina. As for me, I will try my best to provide islamic value for him or her when he or her is at home.
kalau kehidupan di Malaysia ni, lately kita dapat lihat begitu ramai ibubapa yang sangat mementingkan soal jatidiri agama anak masing2. DIbuktikan dengan statistik tentang kemasukan pelajar2 ke sekolah agama. Beribu2 yang memohon untuk mengisi kekosongan yang tak seberapa, kalau zaman dulu sekolah agama dipandang sepi, lekeh dan tak ada standard, tapi sebaliknya zaman sekarang, berpusu2 orang nak menyekolahkan anak2 di sekolah2 ini. Sehinggakan terpaksa pulak dibuat saringan dengan ujian, hanya yang lulus sahaja akan berjaya menempatkan diri.
Tapi tak kurang jugak ramainya ibubapa yang hilang pedoman. Mereka lebih gembira dan berbangga melihat anak2 menjadi penghibur, penyanyi dan yang sewaktu dengannya. Kita boleh lihat dengan bercambahnya program realiti tv, begitu ramai yang berebut2 nak menampilkan diri menjadi manusia2 tak berakhlak(pengecualian kepada program realiti tv yang bermotif ya!). My mom kalau tengok rancangan2 seperti tom tom bak tu, dia mesti kata "kesian budak2 ni, mak bapak depa halakan depa ke jalan yang sesat". Memang pun! Ada masanya kita memang rasa seronok tengok gelagat anak2 kecil yang terkinja2 di atas pentas tu, tapi bila mereka membesar dengan dorongan ke arah itu, dah besar2 nanti buruk pulak bila tengok mereka begitu di atas pentas. Sedih betul kan... Bak ungkapan peribahasa arab "kita menuai apa yang kita tanam", kalau dah yang ditanam itu nilai2 yang buruk, apakah kita mengharapkan tuaian kita menjadi baik hasilnya?
Hakikatnya, mendidik benih2 islam ini bukanlah tugas yang mudah, biarpun kita berada di negara islam mahupun di negara yang islam terlalu asing buat penduduknya. Bila menetap di negara kafir, kita begitu concern tentang islam, kita mahu anak2 mendengar azan, belajar solat, belajar membaca al-quran, kenal dengan asas agama dan sebagainya, tapi bila balik ke negara islam, adakalanya kita lalai pulak memikirkan soalnya, take it for granted, haihhh...
Buat keluarga yang bakal dibina, I mengharapkan kami sebagai ibubapa akan sentiasa peka dengan semua persoalan ni. Walau apa sekalipun, segalanya bermula di rumah, titik awal yang menentukan hala tuju masa depan seorang anak...
No comments:
Post a Comment