IKLAN

Thursday, October 27, 2011

Anda follow citer Soffiya?

Sekarang tgh follow citer soffiya kat TV3 jam 7 malam.Citer ni agak best la,sebab ade Tiz Zakyah,Fizo Omar, Azhar Sulaiman dan sorang pelakon baru nih Izara Aishah.Tensyen giler tengok Fiona dlm citer nih,memang jahat giler kentang arghhhh...jom baca sinopsis citer nih........ Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung. Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

No comments: