For those who loves cooking,here I would like to share my family recipe which is Rendang Tok.It is very well known in Perak my mother's hometown.
Bahan2
600g daging
3 sdb makan ketumbar
3 sdb jintan manis
3 sdb jintan putih
2 sdb lada hitam
3 kuntum bunga lawang
11 kuntum bunga cengkih
10 buji cili kering, dikisar
10 buji bawang merah, dikisar
3 cm halia
2 batang serai, diketuk
3 cm lengkuas
250g gula
1 biji kelapa, diambil santan
250g kerisik
1/2 biji isi kelapa, dipotong nipis dan digoreng
Daun kunyit
Minyak
Cara-cara
1)Daging dibasuh dan dipotong kiub.
Ketumbar, jintan, lada hitam, bunga cengkih, bunga lawang, halia dan lengkuas dikisar dan digoreng tidak terlalu garing.
2) Campurkan bahan kisar, santan, daging dan serai kedalam kuali dan jerang diatas api sederhana.
3) Masak sehingga daging empuk, masukkan kelap potong, kerisik, daun kunyit dan rasa gram dan gula.
4) Masak sebentar angkat dan dihidang dengan dengan ketupat dan lemang.
IKLAN
Monday, July 10, 2006
Sunday, July 10, 2005
Adakah kita Amanah ?
Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata” Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.” (al-Bukhari 81:35 ; Muslim 1:62)
al-Bukhari ; Muslim
| |
Labels:
Islamic Values
Subscribe to:
Posts (Atom)